Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

2012-06-23

crumble ?

every day is a new day

and

it is a must to start anew

but still,

it is our responsibilities to do one task. [must-do]

re-CHECK,

and re-NEW

our MENTAL ORIENTATION [NIAT]

and

FAITHFUL HEART <3

:)



its a shame to wake up and just realize that the world are gone already... tumblr

2012-04-09

LUNCH :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh ^^

today i stumbled on many interesting websites. it is not a waste at all to use the internet on good purposes.

this is some of it :

1. remaja ; http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/remaja-berpuasa-membina-keinsafan.html

2. zuhud ; http://ummatanwasatan.net/2010/03/memahami-erti-zuhud/

3. matahari ; http://ummatanwasatan.net/2008/08/saintis-barat-akui-matahari-akan-terbit-dari-barat/#

have a blessed day ! may Allah continuously showered us with rahmah and hidayah, insha Allah.

you are what you 'eat' :)


#ya Allah, cukuplah bagi aku kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran, kesungguhan untuk mempelajari ilmu, dan sahabat yang sentiasa memberi aku kekuatan. supaya aku sentiasa kuat dalam perjuangan ilmu Engkau ini....aku harap redho dariMu, ya Allah!

2012-02-04

HANYA AKU DENGAN ALLAH

source

HANYA ALLAH yang menjanjikan 'ini' dengan kita.

manusia atau apa sahaja tidak akan pernah dapat memenuhi kepuasan kita .

biarlah Allah yang mendengar keluh hati ini .

MARI SEMAK KEMBALI , BAGAIMANA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH PADA HARI INI.~


something made my heart got scratch and bled.
i knew im no one. but couldnt they think about others feeling? T_T
.i dont want to blame anyone. i still need to learn lots of things.
.moga allah permudahkan, insya Allah.

2012-01-29

mari rawat hati


Terkadang hati ini meronta-ronta ingin mendapat perhatian manusia .
Tidakkah dia sedar bahawa Allah itu SENTIASA ada untuknya ?
Terkadang hati ini meronta-ronta mahukan kecantikan fizikal .
Tidakkah dia sedar Allah telah beri yang terbaik untuk SETIAP hambaNya ?

Jarang sekali hati ini mengingatkan diri bahawa semua yang dia lakukan , haruslah mengikut aturan Allah .
Tidakkah dia sedar , dia hidup di dunia ini pun atas KEIZINAN Allah ?
Jarang sekali hati ini mensyukuri kasih dan sayang Allah .
Tidakkah dia sedar Maha Kasih Allah itu yang MEMBANTU dia di akhirat nanti .

Selalu hati ini lupa .
TAPI...
Allah TIDAK PERNAH melupakan dia .

wahai hati , sedar tak ? tolonglah sedar . mohonlah ampunan dari Allah ,
janganlah pernah putus asa . hati ini tahu , Allah tidak akan membiarkannya bersenang lenang .
hati tahu , Allah sentiasa akan uji . sejauh mana keyakinannya . seteguh mana pegangannya pada Allah .

tabahkan hati ini . bantu hati ini membawa pulang ,
hati yang sentiasa segar ,
hati yang merindui Allah dan rasulNya ............

wassalam :]

each person has his own obstacles . but one thing we know , we are on this earth for the same reason . i am really weak without Allah . forgive me.....ya Allah :"/
aku masih -struggling- menghapuskan rasa cinta yang tidak patut pada dunia . lemahnya aku...

2011-10-03

jauhkan aku dari bisikan syaitan, ya ALLAH . . .

alhamdulillah . . .Allah sungguh maha Penyayang, maha Pengasih, maha Mendengar.


biarpun kita kadang terlalai atau lupa, tapi DIA masih ingat akan diri ini.


biarpun kita kadang lebih memuji kehebatan makhluknya, tapi DIA masih sayang akan kita.


bukan orang lain, tapi hanya DIA yang sentiasa menerima rintihan kita. DIA yang mendengar kesedihan kita. kerana DIA lah pemilik segenap langit dan bumi. SUBHAANALLAH !




jadi, hari ini saya akan berkongsi sedikit daripada liqa' kajian tarbawi hari ini;


2 perkara paling penting dalam membina iman ialah solat dan al-qur'an. dua perkara yang tampak mudah untuk dilaksanakan, tapi sangat susah untuk mendapatkan keikhlasan dan kekhusyukan.


persoalan;
bagaimana untuk mendapatkan IKHLAS dan KHUSYUK?
atau MENGAPA kita susah untuk KHUSYUK DALAM SOLAT?


kerana...hati kita. HATI kita yang tercemar dengan dosa (maksiat).


#kadang2 rasa hati ni resah, tak menentu.sebab apa? sebab kita lupa Allah...dan syaitan cuba untuk memujuk kita melakukan maksiat. >astaghfirullah....<


Jadi, mari lah kita sentiasa berdoa kepada Rabb yang Satu,
"Ya Allah, kau jauhkanlah hati ini daripada bisikan bisikan syaitan yang memujuk. biar dengan apa cara sekalipun,biar dengan cara yang paling sulit, sedarkanlah aku bahawa hanya perintahMu yang perlu aku ikut, Ya Allah. Sentiasa lah beri peluang kepada aku untuk memperbaiki imanku, cintaku dan perhambaanku padaMu, yaa Rabbi...."


wallahu'alam.




#ingatlah.ilmu tak akan masuk dlm hati yang gelap (yg buat dosa). tak takut ke, penatpenat kita pulun belajar, tapi satu pun Allah tak redha? nauzubillah.
#peringatan untuk diri ini....

2011-05-02

Hati's Story

Hati yang kosong selalu resah .
Ibarat tin kosong di jalanan , bila hujan , penuh dengan air hujan .
Bila hujan reda , jejentik pula mula membiak .
Tin kosong tidak sedar dirinya bakal melahirkan sejenis serangga perosak .
Tin kosong juga tidak sedar badannya sudah tidak secantik dahulu .
Makin lama , makin berkarat . sedar-sedar , sudah tidak mampu memantulkan cahaya .
Jelik mata yang memandang .
Mata itu mahu membantukah ? Tidak .

Hati yang kosong bagaimana pula sifatnya ?
Ya .
Hati kosong membiarkan sahaja ‘air hujan’ memenuhinya .
Resah .
Yang ini seronok . Cubalah .
 Makin gelisah pula si hati .
Yang ini pasti memukau . Cubalah .
Ahhh . Apa semua ini ? Hati tertanya-tanya .
Hati kosong tidak sedar . Ada karat-karat mula melekat di dindingnya .
Hati kosong tidak sedar karat itu yang menghalangnya merasai kepuasan sebenar .
Kepuasan daripada Sang Pencipta .

Andai hati seperti tin , mudah sahaja dibersihkan karatnya .
Digosok sedikit dengan minyak tanah , sudah berkilat semula .
Hati berkarat semudah itukah ?
Tidak tidak !
Hati memerlukan bantuan daripada ruh dan jasad .
Perlu dibasahkan dengan zikir .
Dibasuh dengan istighfar , taubat sungguh-sungguh kepada Sang Pencipta hati .
Diterangi kalimah daripada kalam yang Agung .

Hati perlu dibawa ke tempat-tempat mulia .
Dijauhkan daripada tempat maksiat , apalagi pelaku maksiat .
Serta .
Sentiasa ingat akan dua pilihan yang ditawarkan Sang Pencipta ;
Jalan kejahatan(fujur) atau jalan kebaikan(taqwa) . as-syams;8-10
Pasti .
Hati tidak lagi kosong .
Dan .
Kisah hati ini berakhir dengan kegembiraan untuk selamanya .

~Wanna live happily ever after ? Lets ‘sental’ our hearts now until spick and span :D

2011-02-26

Relakah Bertepuk Sebelah Tangan ?

Saban hari.
Dia yang bergelar manusia itu semakin lalai.
Dan lalai.
Ketaatan kepada Allah,
Dan kecintaan kepada Rasulullah semakin pudar.
Malah,
Kegilaan kepada keseronokan dunia pula yang menguasai.

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirulllah.

Saban waktu.
Hati si dia yang bergelar manusia itu.
Hanya mengingati si kekasih hati.
‘Apa dia sedang buat?’ ‘Sihatkah dia?’ ‘Dia ingat aku tak?’
Begitu prihatin.
Begitu khuatir.
Gelisah menerima hakikat,
Bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Astaghfirullah!
Begitu murah cintanya.
Cinta yang belum pasti pengakhirannya.
Cinta ‘temporary’ yang digembar-gemburkan oleh lagu-lagu cintan.
Cinta khayalan yang diwarna-warnikan oleh syaitan...
Cinta PALSU !

Duhai diri,
Sedarlah.
Bahawa sesungguhnya,
Cinta Allah dan Cinta kepada Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam.
Adalah cinta yang paling mulia...

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”.
Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan) 
– [Riwayat Muslim]

Baginda melihat perkuburan, menginsafi bahawa dirinya tidak kekal dan akan kembali kepada Dia.
Pastinya baginda tiada peluang untuk bertemu dengan saudara-saudaranya.

Subhaanallah ! Maha suci Allah !
Rasulullah mencintai kita rupanya.
Baginda sangat merindui kita.
Baginda sangat mengasihi kita.
Walhal tidak pernah kita bersua muka dengannya kan.

 Sedarlah.
Sehingga detik-detik akhir.
Riwayat hidup Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,
Baginda sentiasa ingat akan kita
dalam doa dan tangisnya
Mengingati diri ini;


Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.


Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa baginda s.a.w mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.


Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan ummatmu  dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu." 

Sedarlah wahai diri yang bergelar manusia !
Di mana.
Harusnya cinta mu yang katanya tulus,
Lagi suci itu.
Jika tidak kepada Allahu Ta’ala.
Dan baginda, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam ?

Sanggupkah kau membiarkan.
Cinta kekasih ALLAH, Rasullullah sallallahu ‘alayhi wa sallam...
BERTEPUK SEBELAH TANGAN ?

Astaghfirullah...

Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia.
 (riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)

Mari.
Baiki hati.
Dan kembali kepada cinta yang Hakiki...
lihat ini.
untuk siapakah hati itu sebenarnya ?