Saban hari.
Dia yang bergelar manusia itu semakin lalai.
Dan lalai.
Ketaatan kepada Allah,
Dan kecintaan kepada Rasulullah semakin pudar.
Malah,
Kegilaan kepada keseronokan dunia pula yang menguasai.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirulllah.
Saban waktu.
Hati si dia yang bergelar manusia itu.
Hanya mengingati si kekasih hati.
‘Apa dia sedang buat?’ ‘Sihatkah dia?’ ‘Dia ingat aku tak?’
Begitu prihatin.
Begitu khuatir.
Gelisah menerima hakikat,
Bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan.
Astaghfirullah!
Begitu murah cintanya.
Cinta yang belum pasti pengakhirannya.
Cinta ‘temporary’ yang digembar-gemburkan oleh lagu-lagu cintan.
Cinta khayalan yang diwarna-warnikan oleh syaitan...
Cinta PALSU !
Duhai diri,
Sedarlah.
Bahawa sesungguhnya,
Cinta Allah dan Cinta kepada Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam.
Adalah cinta yang paling mulia...
Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”.
Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan)
– [Riwayat Muslim]
Baginda melihat perkuburan, menginsafi bahawa dirinya tidak kekal dan akan kembali kepada Dia.
Pastinya baginda tiada peluang untuk bertemu dengan saudara-saudaranya.
Subhaanallah ! Maha suci Allah !
Rasulullah mencintai kita rupanya.
Baginda sangat merindui kita.
Baginda sangat mengasihi kita.
Walhal tidak pernah kita bersua muka dengannya kan.
Sedarlah.
Sehingga detik-detik akhir.
Riwayat hidup Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,
Baginda sentiasa ingat akan kita
dalam doa dan tangisnya
Mengingati diri ini;
Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.
Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa baginda s.a.w mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.
Sedarlah wahai diri yang bergelar manusia !
Di mana.
Harusnya cinta mu yang katanya tulus,
Lagi suci itu.
Jika tidak kepada Allahu Ta’ala.
Dan baginda, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam ?
Sanggupkah kau membiarkan.
Cinta kekasih ALLAH, Rasullullah sallallahu ‘alayhi wa sallam...
BERTEPUK SEBELAH TANGAN ?
Astaghfirullah...
Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia.
(riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)
Mari.
Baiki hati.
Dan kembali kepada cinta yang Hakiki...lihat ini.
![]() |
| untuk siapakah hati itu sebenarnya ? |
