Hati yang kosong selalu resah .
Ibarat tin kosong di jalanan , bila hujan , penuh dengan air hujan .
Bila hujan reda , jejentik pula mula membiak .
Tin kosong tidak sedar dirinya bakal melahirkan sejenis serangga perosak .
Tin kosong juga tidak sedar badannya sudah tidak secantik dahulu .
Makin lama , makin berkarat . sedar-sedar , sudah tidak mampu memantulkan cahaya .
Jelik mata yang memandang .
Mata itu mahu membantukah ? Tidak .
Hati yang kosong bagaimana pula sifatnya ?
Ya .
Hati kosong membiarkan sahaja ‘air hujan’ memenuhinya .
Resah .
Yang ini seronok . Cubalah .
Makin gelisah pula si hati .
Yang ini pasti memukau . Cubalah .
Ahhh . Apa semua ini ? Hati tertanya-tanya .
Hati kosong tidak sedar . Ada karat-karat mula melekat di dindingnya .
Hati kosong tidak sedar karat itu yang menghalangnya merasai kepuasan sebenar .
Kepuasan daripada Sang Pencipta .
Andai hati seperti tin , mudah sahaja dibersihkan karatnya .
Digosok sedikit dengan minyak tanah , sudah berkilat semula .
Hati berkarat semudah itukah ?
Tidak tidak !
Hati memerlukan bantuan daripada ruh dan jasad .
Perlu dibasahkan dengan zikir .
Dibasuh dengan istighfar , taubat sungguh-sungguh kepada Sang Pencipta hati .
Diterangi kalimah daripada kalam yang Agung .
Hati perlu dibawa ke tempat-tempat mulia .
Dijauhkan daripada tempat maksiat , apalagi pelaku maksiat .
Serta .
Sentiasa ingat akan dua pilihan yang ditawarkan Sang Pencipta ;
Jalan kejahatan(fujur) atau jalan kebaikan(taqwa) . as-syams;8-10
Pasti .
Hati tidak lagi kosong .
Dan .
Kisah hati ini berakhir dengan kegembiraan untuk selamanya .
No comments:
Post a Comment