alhamdulillah . . .Allah sungguh maha Penyayang, maha Pengasih, maha Mendengar.
biarpun kita kadang terlalai atau lupa, tapi DIA masih ingat akan diri ini.
biarpun kita kadang lebih memuji kehebatan makhluknya, tapi DIA masih sayang akan kita.
bukan orang lain, tapi hanya DIA yang sentiasa menerima rintihan kita. DIA yang mendengar kesedihan kita. kerana DIA lah pemilik segenap langit dan bumi. SUBHAANALLAH !
jadi, hari ini saya akan berkongsi sedikit daripada liqa' kajian tarbawi hari ini;
2 perkara paling penting dalam membina iman ialah solat dan al-qur'an. dua perkara yang tampak mudah untuk dilaksanakan, tapi sangat susah untuk mendapatkan keikhlasan dan kekhusyukan.
persoalan;
bagaimana untuk mendapatkan IKHLAS dan KHUSYUK?
atau MENGAPA kita susah untuk KHUSYUK DALAM SOLAT?
kerana...hati kita. HATI kita yang tercemar dengan dosa (maksiat).
#kadang2 rasa hati ni resah, tak menentu.sebab apa? sebab kita lupa Allah...dan syaitan cuba untuk memujuk kita melakukan maksiat. >astaghfirullah....<
Jadi, mari lah kita sentiasa berdoa kepada Rabb yang Satu,
"Ya Allah, kau jauhkanlah hati ini daripada bisikan bisikan syaitan yang memujuk. biar dengan apa cara sekalipun,biar dengan cara yang paling sulit, sedarkanlah aku bahawa hanya perintahMu yang perlu aku ikut, Ya Allah. Sentiasa lah beri peluang kepada aku untuk memperbaiki imanku, cintaku dan perhambaanku padaMu, yaa Rabbi...."
wallahu'alam.
#ingatlah.ilmu tak akan masuk dlm hati yang gelap (yg buat dosa). tak takut ke, penatpenat kita pulun belajar, tapi satu pun Allah tak redha? nauzubillah.
#peringatan untuk diri ini....

No comments:
Post a Comment