Showing posts with label persepsi. Show all posts
Showing posts with label persepsi. Show all posts

2013-02-12

REPORT


It’s during my holiday. Mid-term for exact.

I did some checking to my lil brother’s homework.

His excellent. Has good neat handwriting as an 11 years old kid.

While perusing one of his exercise books, I noticed that he was asked to write on the front page, each time he received a task.

Adult called this report. To simply confirmed that he DID his homework.

Guess what I said to him?
“I did the same when I’m in school. Exactly like this.”

And guess what strike me next?
‘Why I stop doing this ‘report-thing’ after finishing school?’




Does that means I am less discipline now? Which explains why I can hardly reach my target nowadays?


Whoopsss. I need to RE-CHECK my own-self. T__T

2011-11-23

FIRST - TIMER

Alhamdulillah , Allah NEVER fails to give me chances and His love .
Alhamdulillah , Allah masih beri peluang untuk saya mencoret rasa hati di sini . mudah-mudahan ada manfaatnya :)


Pernah tak anda terfikir , kenapa benda yang sering anda buat , lama-kelamaan akan menjadi perkara yang membosankan ?

Jika anda seorang pelajar , pernah tak anda rasa ‘huhh . bosannya asyik mengadap buku je . penting sangat ke belajar sungguh-sungguh ?’
Dan perasan tak , selalunya kita akan rasa macam ini bila kita nak buat ‘good deeds’ . kan kan :)

Saya pernah ‘ter’fikir perkara-perkara di atas . hehe  ==”

Jadi , bagi saya lintasan-lintasan yang terbit ni akan menghalang saya untuk istiqamah membuat ‘good deeds’ tersebut .

Tapi apa pun , kita perlu atasi halangan ini . bagaimana ?

Yaa . bagaimana ek ?

Okay okay . sebelum tu .. tajuk post saya adalah ‘first-timer’ . dan itulah jawapan bagi persoalan kita .

Lakukan setiap perkara tu dengan perasaan bahawa itulah kali pertama anda membuatnya .

Untuk lebih jelas , mari telusuri senario berikut ;

‘alamak. . .sekarang dah nombor 5 . kejap lagi giliran aku kena ujian memandu . aku dah laa tak pernah bawa kereta seumur hidup . ada orang tengok pulak tu . ni yang berdebar ni . humm semalam aku tengok-tengok gak macam mana ayah bawa kereta . relaks je dia . aduhh . pastu iklan kata ‘pandu cermat , jiwa selamat . ingatlah orang-orang yang tersayang’ . buatnya aku tak selamat macam mana . hmm tawakkaltu’alallah je lahh. .’

Dan bermacam perasaan akan kita rasa . kita akan cari sebanyak-banyaknya ilmu baru , macam nak pastikan pemanduan kita nanti , adalah yang terbaik .

Begitu juga kalau menuntut ilmu . semester 1 yang lalu , pertama kali saya belajar subjek ekonomi . hanya Allah yang tahu betapa berdebar+terujanya saya setiap kali lecturer ajar bab baru . risau tak dapat konsep yang betul ^^,  dan saya cuba . eh bukan . saya usaha betul-betul untuk faham+hadam setiap point penting .


Konklusinya , buat setiap perkara dengan penuh ketelitian dan rasa teruja . 

Apalagi sewaktu kita beribadah kepada Allah . Contohnya solat . Mesti merasai bahawa kita bersama-sama dengan Allah . Rasa bahawa Allah mengawasi kita . Bahagianya dapat bersama dengan Allah yang amat Mengasihi kita .

Insya Allah :) Allah akan permudahkan setiap urusan kita .

suggested link for today ---> click here !

wallahu'alam .

2011-05-21

CUTI = REHAT :O

Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah .

Stephen R Covey once said ; if you want to CHANGE OTHERS , change yourself first .
And if you want to change yourself effectively , CHANGE your PERCEPTION .

(JIKA ANDA MAHU MENGUBAH ORANG LAIN UBAHLAH DIRIMU TERLEBIH DAHULU.DAN JIKA ANDA BETUL-BETUL MAHU BERUBAH,UBAH PERSEPSI ANDA)

Now, let us guess what I wanna talk about hmmm .
? ? ? Yes ? No ?  :D

source


MARI UBAH PERSEPSI [1]

Sebelum itu, ikuti scenario berikut...

‘wehh, next week dah start CUTI lah !’ (excited sangatsangat)

“err yeke ? serious ? aku tak tempah tiket lagi ni . . .” (risau.takut tiket habis.berkampung kat hostel lah jawabnyaa)

‘ye lah . tadi diorang dah kecoh kecoh tau . aku pun baru sudah call mak tadi . (excited lagi lah ni.dlm kepala otak dah terbayang tilam empuk,tv besaq,masakan emak.wahwahh)

“pehh . kencang aje kalau CUTI kan . cuba kalau ‘minggu depan start exam!’ . haaa terkulat kulat agaknya .” (lepak lepak je lah.betul tak?)

---stop---

Mari bayangkan apa yang berlaku apabila cuti sudah bermula. . . Sudah tentu setiap detik betul betul dimanfaatkan . untuk apa ? BEREHAT lah :D  . ibaratnya dah setahun buat kerja berat tanpa rehat . bila CUTI je , takda siapa boleh ganggu . (mak nak minta tolong pun punyalah susah.astaghfirullah...)

Cuba semak kembali . Cuba refleks balik apa yang kita dah buat selama ni . Agak agak kita pernah tak lalui situasi di atas ?

‘eyy common lah tu . dah nama pun CUTI . tak gitu ?’
‘cuti lah masa untuk berehat tau tak . bila lagi . cuti dah la 2 3 hari je . tu pun nak kecoh ke .’

Hmmm nampaknya kita sudah tertipu dengan perkataan CUTI . (jika anda tidak terlibat,tahniah:)

Menurut riwayat Bukhari :
Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu (rugi) olehnya ; SIHAT dan MASA LAPANG .

Allah subhanahu wata’ala ada berfirman :
Demi masa . Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian . KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran .
(al ‘asr; 1-3)

Adakah dalam ayat di atas dikatakan “DIKECUALIKAN pada hari anda bercuti ? rehatlah sepuas-puasnya dan anda tidak akan rugi .” Saya rasa tidak ada .

Ini bermakna , dalam rangka menjadi orang beriman haruslah secara berterusan . Sentiasa melakukan kebaikan dan berpesan-pesan . Setiap satunya perlu seiring .

NIKMAT cuti yang kita perolehi itu , perlu diisi dengan melakukan kebaikan . Paling simple pun tolonglah mengemas bilik ataupun bersihkan bilik air . Kenapa kita? Sebab kita juga yang akan gunakan kemudahan itu nanti . Kalau sudah bersih, bukan kah lebih selesa ?

Kesimpulannya , ubah konotasi cuti = rehat kepada CUTI = KHIDMAT :)

‘habis bila nak rehat?’ (aishh ada lagi nak bangkang.baiklah baiklah)

Allah juga berjanji dalam firmannya :
Sungguh , mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan , Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan baik itu [30]
Mereka itulah yang memperoleh SYURGA ‘ADN yang mengalir di bawahnya sungai-sungai mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal , sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah . (Itulah) SEBAIK-BAIK PAHALA dan TEMPAT ISTIRAHAT yang INDAH . [31]                                               
(al-kahfi;30-31)
Masya Allah . . . nak ke tak nak >> complete package syurga + tempat tinggal + sutera halus + ada sungai pulak tu . SubhaanAllah, pemurahnya Allah !
 
Wallahu’alam . sila betulkan jika saya salah . mudah-mudahan sama sama kita peroleh manfaat . aameen .