2011-05-21

CUTI = REHAT :O

Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah .

Stephen R Covey once said ; if you want to CHANGE OTHERS , change yourself first .
And if you want to change yourself effectively , CHANGE your PERCEPTION .

(JIKA ANDA MAHU MENGUBAH ORANG LAIN UBAHLAH DIRIMU TERLEBIH DAHULU.DAN JIKA ANDA BETUL-BETUL MAHU BERUBAH,UBAH PERSEPSI ANDA)

Now, let us guess what I wanna talk about hmmm .
? ? ? Yes ? No ?  :D

source


MARI UBAH PERSEPSI [1]

Sebelum itu, ikuti scenario berikut...

‘wehh, next week dah start CUTI lah !’ (excited sangatsangat)

“err yeke ? serious ? aku tak tempah tiket lagi ni . . .” (risau.takut tiket habis.berkampung kat hostel lah jawabnyaa)

‘ye lah . tadi diorang dah kecoh kecoh tau . aku pun baru sudah call mak tadi . (excited lagi lah ni.dlm kepala otak dah terbayang tilam empuk,tv besaq,masakan emak.wahwahh)

“pehh . kencang aje kalau CUTI kan . cuba kalau ‘minggu depan start exam!’ . haaa terkulat kulat agaknya .” (lepak lepak je lah.betul tak?)

---stop---

Mari bayangkan apa yang berlaku apabila cuti sudah bermula. . . Sudah tentu setiap detik betul betul dimanfaatkan . untuk apa ? BEREHAT lah :D  . ibaratnya dah setahun buat kerja berat tanpa rehat . bila CUTI je , takda siapa boleh ganggu . (mak nak minta tolong pun punyalah susah.astaghfirullah...)

Cuba semak kembali . Cuba refleks balik apa yang kita dah buat selama ni . Agak agak kita pernah tak lalui situasi di atas ?

‘eyy common lah tu . dah nama pun CUTI . tak gitu ?’
‘cuti lah masa untuk berehat tau tak . bila lagi . cuti dah la 2 3 hari je . tu pun nak kecoh ke .’

Hmmm nampaknya kita sudah tertipu dengan perkataan CUTI . (jika anda tidak terlibat,tahniah:)

Menurut riwayat Bukhari :
Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu (rugi) olehnya ; SIHAT dan MASA LAPANG .

Allah subhanahu wata’ala ada berfirman :
Demi masa . Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian . KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran .
(al ‘asr; 1-3)

Adakah dalam ayat di atas dikatakan “DIKECUALIKAN pada hari anda bercuti ? rehatlah sepuas-puasnya dan anda tidak akan rugi .” Saya rasa tidak ada .

Ini bermakna , dalam rangka menjadi orang beriman haruslah secara berterusan . Sentiasa melakukan kebaikan dan berpesan-pesan . Setiap satunya perlu seiring .

NIKMAT cuti yang kita perolehi itu , perlu diisi dengan melakukan kebaikan . Paling simple pun tolonglah mengemas bilik ataupun bersihkan bilik air . Kenapa kita? Sebab kita juga yang akan gunakan kemudahan itu nanti . Kalau sudah bersih, bukan kah lebih selesa ?

Kesimpulannya , ubah konotasi cuti = rehat kepada CUTI = KHIDMAT :)

‘habis bila nak rehat?’ (aishh ada lagi nak bangkang.baiklah baiklah)

Allah juga berjanji dalam firmannya :
Sungguh , mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan , Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan baik itu [30]
Mereka itulah yang memperoleh SYURGA ‘ADN yang mengalir di bawahnya sungai-sungai mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal , sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah . (Itulah) SEBAIK-BAIK PAHALA dan TEMPAT ISTIRAHAT yang INDAH . [31]                                               
(al-kahfi;30-31)
Masya Allah . . . nak ke tak nak >> complete package syurga + tempat tinggal + sutera halus + ada sungai pulak tu . SubhaanAllah, pemurahnya Allah !
 
Wallahu’alam . sila betulkan jika saya salah . mudah-mudahan sama sama kita peroleh manfaat . aameen .

No comments: