Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

2012-01-25

a no-no

tumblr

bismillahirrahmaanirrahim .


Hadith Rasulullah SAW,


Daripada Abu Hurairah r.a,

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: "Berikan aku wasiat." Baginda bersabda : "Janganlah engkau marah."
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah."
riwayat Bukhari

Pengajaran : Hadith ini menerangkan bahawa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri, juga terhadap orang lain.

'jangan marah'. ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan.

ia juga bererti menahan marah apabila timbulnya bibit kemarahan. contoh; mengamuk atau memukul.

Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan sahaja mampu beradu tenaga tetapi juga, mampu menahan marah. :)

Nabi Isa a.s pernah mengajar nabi Yahya a.s menangani rasa marah dengan katanya : 

"Apabila seseorang menegur kesalahan yang dilakukan, maka katakanlah 'sememangnya dosa itu yang saya tidak ingat, dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah.' Dan jika ada orang yang mengatakan sesuatu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah kepada Allah kerana ia tidak membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau."

wassalam ^^


sobss. jumaat malam dah balik kolej. takdapat dengar suara ayah jadik imam dah T_T