alhamdulillah , sujud dan syukur aku panjatkan kerana dengan izin-Nya , terhasillah satu cerpen hasil titik keringat si puteri ini . Alhamdulillah , berjaya juga hasilkan satu yang juga merupakan cerpen pertama seumur hidup :) dan insya Allah akan menyusul yang lain .
![]() |
| weeee~ |
Taufan Aloe Vera ~
‘Ishhh.’ Hati Hanna berkecamuk. Ibarat benang yang terpintal-pintal, makin cuba dileraikan, makin kusut jadinya. Terasa seperti ada yang tidak kena. Apakah perasaan ini? Ah... Tak mungkin berita buruk. Tetapi...mungkinkah???
Rimasnya...Sut putih rasmi syarikat yang dipakainya, dirasakan seperti menyerap haba pula. Hanna mengetap giginya yang cantik tersusun itu, cuba menenangkan hati. Dia tidak mahu memori dahulu berulang kembali. Dalam layar mindanya, satu demi satu kenangan pahit di universiti lapan tahun lalu diulang tayang. Hanna masih ingat, ketika dia dibuang universiti, segalanya bertukar hambar. Longlai saja Hanna mengatur langkah. Mana tidaknya, baru sahaja ingin melakar impian, mencorak kejayaan pada kanvas hidupnya, tiba-tiba ditelan rakus dek angin taufan entah dari mana. Tercungap-cungap Hanna mencari titik punca untuk keluar. Sedaya upaya melepaskan diri dari jerangkap mindanya.
“Tok tok tokk.” Pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.
Tersentak Hanna seketika. Bayangan taufan yang memusnahkan hidupnya dahulu, terus lenyap begitu sahaja buat seketika. Hanna segera menarik nafas panjang. Hanya dengan sekali nafas, dapat dirasakan udara sejuk dari alat pendingin hawa menyusup masuk memenuhi rongga dadanya. Memberi keselesaan pada seluruh liang dan sendi yang menegang.Hanna tidak mahu dikesan sedang dalam kesulitan. Sambil itu, sempat bibirnya memberi respon, “Masuk!”
“Cik Hanna, ini surat khabar yang cik minta tadi.” Wajah tenang setiausahanya yang kecil molek berkaca mata, terpacul di muka pintu. Begitu kemas memakai sut putih khas syarikat mereka, Ijtihad Company. Segera diletaknya surat khabar itu ke atas meja Hanna dan berlalu pergi. Mungkin setiausahanya dapat mengesan perubahan pada riak muka Hanna.
Tanpa berlengah, segera diselaknya setiap lembaran bercetak hitam putih itu. Pantas anak matanya mengimbas setiap tajuk, memastikan tiada yang tercicir. Jantungnya berdegup kencang. Dirasakan seperti sedang membuka slip keputusan peperiksaan universiti pula. Berdebar tidak menentu. Adakah lulus atau...? Tiba di muka surat kelima, mata Hanna tertancap pada tajuk “ IJTIHAD COMPANY ...”
“ Masya Allah! ” Terjerit Hanna melihat tajuk yang terpampang. Mata ini yang salah melihat atau surat khabar ini tersalah cetak? Dipejam celik matanya untuk mendapatkan kepastian. Andai surat khabar itu bernyawa, sudah pasti disoal siasatnya surat khabar itu tanpa henti. Diejanya satu persatu nama syarikat yang tertera. Sah, dia tidak bermimpi. “Produk ‘I.Aloe Slim Cream’ yang dikeluarkan oleh Ijtihad Company didapati telah melanggar Akta Perihal Dagangan 1972. Menurut sumber, produk ini mengakibatkan rengsangan dan gatal-gatal kepada pemakainya…”
Hanna tidak mahu mempercayai berita itu. Sepantas kilat jemarinya mencapai tetikus yang sedia di hadapannya. Untunglah segalanya di hujung jari kini. Tidak sampai seminit, maklumat yang ingin dicari oleh Hanna telah terpapar di skrin komputer ribanya. Ya, komputer inilah yang sentiasa di sisinya baik dalam senang mahupun kepayahan. Ketika bergelumang dalam masalah di universiti dahulu, komputer riba ini jugalah yang berjasa kepadanya. Tanpanya, tidak mungkin Hanna dapat berhubung dengan papa ketika di luar negara dahulu.
‘Siapa yang sanggup menyebarkan berita palsu ini? Siapa?’ Bagai mahu luruh jantungnya. Lemah segala sendi dan sarafnya. Pada laman web carian itu, lebih sepuluh tajuk mempersoalkan integriti syarikatnya. Tidak cukup dengan itu, pelbagai tohmahan dan cercaan dilemparkan tanpa usul periksa. Bagai terpalit segalanya di muka Hanna. Makin lama, makin memberat dan menyesakkan. Berpinar-pinar mata Hanna mencari cahaya. Biliknya yang tadi tampak gah dengan simbahan cahaya pagi, kini gelap. Sepi.
Tidak cukup lagikah onak ranjau yang merintangi kehidupan ini? Bermula di universiti, berbagai cabaran ditempuhinya. Panas disangkanya sampai ke petang. Rupa-rupanya hujan di tengah hari! Sangat memeningkan. Taufan silam datang menyerbu bersama gambaran lalu yang pahit, berpusar-pusar, tambah menyakitkan benaknya. Serta-merta wajah Professor Charles menjelma di sela-sela pusaran angin taufan yang melanda. Makin lama, semakin jelas membentuk rupa di ruang matanya.
“Cik Hanna, anda disarankan supaya pulang ke Malaysia. Universiti ini sudah tidak memerlukan penipu seperti anda.” Tegas dan muktamad. Terkesima Hanna mendengar nasihat berupa arahan daripada Professor Charles.
Riak mukanya yang tadinya ceria terus berubah suram. Ibarat sekuntum mawar yang baru sahaja ingin berkembang. Tiba-tiba dipisahkan daripada batang yang menyalurkan segala klorofil dan oksigen. Layu malah hilang serinya.
Belum sempat Hanna membantah, Dekan Jabatan Biokimia di University of Oxford itu menyambung, “Keputusan ini muktamad. Kami pihak universiti tidak akan menerima sebarang alasan lagi. Siasatan telah dijalankan dan anda didapati melakukan plagiat.” Terpancar amarah di sebalik bebola mata hazel milik professor.
Mungkin tercabar kerana ada pelajar yang sanggup menipu semata-mata ingin mendapatkan populariti, fikir Hanna. Karakter Professor Charles yang terkenal dengan keramahan dan humor, kini berubah kepada tegas dan keras. Hanna hanya mampu tunduk ke lantai. Lagaknya seperti pesalah di penjara. Hina.
Sangkanya, tiada siapa dapat mengesan jenayah yang dirancang itu. Sudah betul-betul rapi kononnya. Bukan dia seorang. Dia dan Ziana, teman sebiliknya...
“Zie, kau dah siap tugasan fasal tumbuhan tempoh hari?”
“Muka aku ni, nampak dah siap ke Hanna?”

“Kau jangan main-main. Esok dah tarikh akhir tau!”
“Buat apa susah hati, buku teks kita yang seribu muka surat tu kan ada?”
“Biar betul Zie?”
“Betul, Hanna. Tahulah aku macam mana. Kau ikut je. Biar susah senang sama-sama.”
Aduh! Mereka terlalu lalai dengan keseronokan yang sementara. Saban hari, jadual harian mereka padat. Bukan diisi dengan menelaah pelajaran, tetapi dihabiskan dengan berpeleseran. Melepak dan berjalan tiada hala tujuan. Usah ditanya, ke mana dihabiskan hampir keseluruhan duit biasiswa mereka. Langsung tidak dimanfaatkan ke arah kebaikan.
Apabila tiba masa menghantar tugasan, Hanna kalut. Tidak mampu membuat keputusan yang rasional lantas mengambil jalan singkat dengan meniru sahaja daripada sebuah buku. Begitu juga Ziana. Begitu mudah mereka mencari jalan keluar. Diambil sahaja bulat-bulat daripada buku teks ‘Plant Form and Function’ hasil karangan Felix Eugène Fritsch dan Sir Edward James Salisbury. Langsung tidak diubahnya. Daripada itulah pensyarah mereka dapat mengesan ketidakjujuran mereka.
Kepintaran intelek yang dimiliki, disalahgunakan. Intelek kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga! Begitulah yang dihebah-hebahkan oleh pelajar University of Oxford tatkala berita pembohongan Hanna dan Ziana terbongkar. Pelajar Melayu harapan negara telah mengaibkan seluruh rakyat Malaysia! Memalukan!
‘Ya Allah, ampunkan dosaku…aku tersilap langkah, ya Allah!’ desis hati Hanna. Kesal. Seluruh hidupnya dirasakan telah berakhir. Seluruh dunia seperti mentertawakannya. Tiada yang mahu menghulurkan tangan, apatah lagi membantunya bangkit semula. Langsung tidak memberi peluang untuk Hanna memohon keampunan.
‘Papa, mama…maafkan Hanna. Apa patut Hanna buat?’ ‘Balik Malaysia?’ ‘Buat malu je…’ ‘Hanna nak sambung belajar di mana???’ ‘Arrghhh!’ Bertubi-tubi soalan mengasak dadanya. Sesak dadanya mencari penyelesaian. Biliknya di asrama universiti itu juga dirasakan semakin gelap, sempit, melemaskan. Seolah-olah turut menghalaunya cepat-cepat pulang ke Malaysia.
Tiba-tiba, sejalur cahaya muncul dari skrin komputer ribanya…seolah-olah memberi sinar harapan baru. ‘Eh, ada mesej. Daripada siapa ye?’ Hanna menggumam. Tertanya-tanya. Apa pula lah kali ini. Apabila ditekan butang ‘open’, terpapar gambar penghantar dan keseluruhan mesej. ‘Eh, papa?’
Usai membaca kiriman itu, Hanna merenung jauh. Memikirkan masa depannya. Air mata mengalir membasahi pipi mungilnya. Lebat dan deras. Bak mutiara yang begitu sukar untuk diperolehi, begitulah sukarnya Hanna untuk menitiskan air mata. Tetapi hari ini papa berjaya memecahkan benteng kekerasan yang memagari hatinya. Ya, papa langsung tidak melenting, apatah lagi menyalahkannya.
“Jangan bersedih, Hanna. Papa yakin sudah tiba masa untuk Hanna berubah. Kesilapan lalu akan mematangkan kita. Ingat tak, apa arwah mama pesan? Untuk mendapatkan kesenangan, kita perlu menghadapi kesukaran terlebih dahulu. Hanna jangan risau. Pulanglah ke Malaysia. Papa akan bantu...”
Hanna menguatkan tekad dalam hati. Seolah-olah komputer yang baru disegarkan, Hanna dapat merasakan semangat baru mengalir dalam darahnya. Akanku buktikan! Hanna akan ingat sampai bila-bila, seorang muslim tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali yang kedua! Akanku pegang amanat arwah mama ini! Ya Allah, bantu hamba-Mu ini…
Kini, Hanna menghela nafas panjang, mematikan lamunannya. Segera kembali ke dunia nyata. Masalah yang dihadapi syarikatnya ini mesti diselesaikan segera. Fuhh, jika masalah ini tidak dapat diatasi, seladang aloe vera pun tidak dapat merawat kelukaan di hati papa, Hanna pasti!
Hanna lalu memujuk dirinya supaya bertenang. Hmm…Aloe Vera berasal dari Afrika dan dikenali sebagai “lili di padang pasir”, “tumbuhan yang berkekalan” dan “tumbuhan berubat”. Tumbuhan ini memerlukan tanah yang berparit lengkap dan boleh tumbuh di atas tanah yang kurang nutrisi di samping memerlukan tanah yang mengandungi asid, neutral dan alkali asas. Sejenis tumbuhan hijau yang tahan lama. Gel bersih yang terkandung di antara dedaun, boleh merawat luka, kebakaran dan ketidakseimbangan kulit yang lain. Dengan mengaplikasikan pada bahagian yang bermasalah sebagai lapisan pelindung, ia akan meningkatkan kadar penyembuhan dan mengurangkan risiko infeksi (peradangan). Tindakan ini adalah disebabkan kewujudan aloectin B, yang mana boleh merangsang sistem imun.
Tekun Hanna menyelak kembali hasil kajian ketika dia di tahun akhir pengajiannya. Dia cuba mencari di mana silapnya produk ‘I.Aloe Slim Cream’ itu. Adakah kandungannya tidak sesuai atau mungkin pemakainya yang bermasalah? Hanna sedaya upaya melerai permasalahan yang menyimpul ini. Hanna yakin ini bukanlah simpulan mati. Pasti akan berjaya dirungkaikan.
Kepintaran IQ yang dimilikinya juga tidak dibiarkan berhabuk, tidak berusik. Sedaya upayanya, dia memikirkan alternatif-alternatif yang sesuai. Dalam mindanya, dirangka pelan penyelesaian satu demi satu. ‘Seperti sedang membuat peta minda untuk subjek biologi pula.’ Secebis senyuman terukir pada wajah bujur Hanna tatkala terkenang zaman pengajiannya. Ya, sangat bermakna dan tidak mungkin akan terpadam dari memorinya. Pengalaman itulah yang mengajarnya supaya tidak cepat melatah. Tekadnya, pisang tidak mungkin akan berbuah buat kali yang kedua. Hanna juga tidak akan membiarkan silapnya dahulu berulang buat kali yang kedua. Sama sekali tidak akan!

2.15 petang. Hanna selesai solat Zuhur dan makan tengah hari ditemani setiausahanya. Mengikut perancangannya, selepas ini dia akan bertemu wartawan serta pelapor yang menyiarkan berita tentang syarikatnya itu. Bukanlah hendak menyerang, tetapi Hanna mempunyai bukti yang kukuh bahawa produknya tidak memberi kesan sampingan.
Pagi tadi, Hanna telah mendapatkan laporan makmal berdasarkan ujian keberkesanan produk ‘I.Aloe Slim Cream’nya. Tiada masalah seperti rengsangan atau gatal-gatal sebagaimana yang dilaporkan akhbar. Malahan, produk kesihatan yang dihasilkan syarikatnya juga mampu merampingkan pemakainya dalam masa sebulan jika mengikut aturan yang ditetapkan. Inilah yang memusykilkan Hanna. Pasti ada silap di mana-mana...
“Alhamdulillah!” Bergetar hati Hanna tatkala mengalunkan kalimah syukur pada Yang Esa. Syukur kerana Allah memudahkan urusannya. Baru sahaja tadi, dia selesai menghantar e-mel kepada papa. Memang begitu rutin kehidupannya; setiap perkara akan diceritakan kepada papa. Hanna sedar papalah yang paling rapat dengannya sejak sejarah hitam dahulu.
Surat khabar yang tersadai di atas meja kerjanya, ditatap puas. Andai semalam hatinya luruh apabila melihat akhbar itu, namun, hari ini hatinya berbunga mekar. Segar kembali. Mana tidaknya, pengakuan bahawa apa yang tersiar semalam adalah palsu belaka. Malah, mereka memohon seribu kemaafan atas kesilapan yang dilakukan. Tidak sia-sia Hanna menyelongkar daripada akar umbi.
Semalam, segalanya dapat diselesaikan. Wanita yang menuduh syarikatnya menipu, juga berjumpa dengan Hanna. Setelah disoal-siasat, ternyata tekaan Hanna tepat. Wanita itu telah menggunakan produk lain bersama-sama dengan produk Ijtihad Company. Tidak ada kena mengena dengan ‘I.Aloe Slim Cream’. Timbul kekesalan dalam hati Hanna. Haihh...Begitu mudah manusia membuat kesimpulan. Syarikatnya pula yang menanggung akibat. Tergeleng-geleng Hanna seketika.
‘Papa, Hanna akan pastikan kepercayaan papa tidak sia-sia pada kali ini. Percayalah!’
Serius sahaja muka Hanna. Bebola matanya dikecilkan lantas mengitari pandangannya ke segenap ruang dalam pejabatnya itu. Sambil itu, mengemaskan letak punggung di atas kerusi empuk miliknya. Seperti ada nafas baru yang memberinya kekuatan. Memberinya keyakinan untuk terus kuat mempertahankan Ijtihad Company. Seteguh aloe vera yang mampu bertahan dalam apa jua keadaan. Biar apa jenis taufan yang melanda, kakinya akan tetap teguh berdiri. Terus melangkah ke hadapan. Hanna yakin, di penghujungnya, akan ditemukan pelangi indah yang membawa kebahagiaan.

| menulis dalam konteks 'penulisan kreatif' sebenarnya menyeronokkan juga :) |

No comments:
Post a Comment