.alhamdulillah . sampai pun turn saya nak guna internet . :)
oke . bercerita tentang kehidupan .
dulu-dulu masa kecil-kecil hingusan , selalu sy ber-salah faham dgn emak . mak kte a , sye kte b . mak kte c, sy x stuju juga . sy kte d .
sy selalu fikir . kenapa ye ? mcm mana cara manusia di sekeliling sy berfikir ? ya , bukan emak je . orang lain pun . tp mak selalu pesan . fikir dulu sebelum cakap . dan ini juga menimbulkan tanda tanya dlm minda saya . 'mcm-mcm lah' . tp makin lama, mcm mcm perkara sy pelajari . setiap perkara atau apa sahaja memerlukan proses .
proses ape ye ???
proses kehidupan :)
Allah sudah menetapkan segalanya di lauh-mahfuz . ttp sbg hamba , kita perlu ada usaha dan kesungguhan . sebagai contoh ;
sy ber-salah faham dgn emak . tetapi sebolehnya , sy ingin mengelakkan perkara tu dari berulang . sy masih ingat, pesan guru tadika sy , syurga di bwh telapak kaki ibu . jadi . sy mohon drpd Allah , supaya Allah berikan sy kesabaran . spy sy dpt menghilangkan segala kekusutan yg berlaku .
point utama sy minta , SABAR .
tp , rupa-rupanya tak semudah itu Allah akn berikan sy kesabaran . Allah uji . pelbagai perkara . emak , adik , kawan-kawan . Allah masukkan sy dlm proses 'mendapatkan kesabaran' . Allah akan lihat , sejauh mana sy betul-betul inginkan kesabaran tu .
bila masalah dtg , sy pujuk hati . sabar , sabar . pasti ada hikmahnya . sy yakin Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada sy . bila sy berbalah , sy cuba lembutkan hati . terima pendapat orang . sebab sy telah belajar satu perkara . 'setiap manusia berbeza' . dan perbezaan itu yg perlu sy manfaatkan .
contoh kedua , A ingin mendapat hidayah Allah . 'ingin menjadi orang baik' .
katanya .
jadi . A mohon dan berdoa kepada Allah . dalam setiap sujudnya , A memohon supaya Allah kurniakan hidayah dan rahmat . tapi ,
tidak semudah itu . Allah datangkan pelbagai cubaan . kadang-kadang , disangkanya nikmat . rupanya , Allah ingin menguji sejauh mana A bersyukur kepadaNya . sejauh mana , A meletakkan sepenuh pengharapannya kepada Yang Maha Pencipta . dsb .
akhirnya , pasti kita dpt jangka kesudahannya , bukan ?
A menjadi seorang yang baik , soleh . sebagaimana yg dia harapkan . bukan setakat itu , dia juga mampu memahami bahawa setiap perkara , perlu melalui proses yang sudah Allah tetapkan .
yang penting , perlu bersedia menghadapi segala jenis proses kehidupan :)
perlu sentiasa ingat , segalanya di TANGAN ALLAH . apa jua yg berlaku , adalah mengikut keizinan Allah .
wallahu'alam .
*kesimpulan drpd topik jumaat . ikimfm .
p/s ; sy belajar utk berfikir secara terbuka dan bersabar dlm apa jua hal apbl allah menetapkan , 'dia' emak mu :)
sy belajar utk bersedia m'hadapi apa jua proses drpd Allah . mudahkanlah , ya Allah ~


No comments:
Post a Comment